Thursday, October 16, 2008

sekali lagi aku dilanda bencana

aku ingat lagi tanggal 16 september 2008 pada jam 11 pagi..
aku menuju ke unit kaunseling untuk berjumpa kaunselor..
pada mulanya aku takut sebabnya aku seorang menuju ke situ..aku tidak ditemani sesiapa..hampir lima belas minit aku disitu,kaunselor perempuan itu memanggil aku ke dalam biliknya..hampir setengah jam aku di dalam meluahkan segenap isi hatiku padanya,menceritakan masalah aku di kampus ini..apabila selesai sesi ini,aku bergegas ke makmal 12 bertempat di blok J..aku terus menempatkan diriku di meja komputer..argh..lecturer math 133 aku miss ainun hafizah belum tiba..tiba-tiba ku bergenang air mata..aku menangis sendirian..classmates aku semua nampak atpi tiada sorang pun yang bertanya perihal diriku..aku bertambah sedih namun kucuba pujuk diriku..mungkin mereka malas campur tangan dalam urusan aku..kepala aku makin berat..tapi aku gagahkan hatiku untuk belajar..pabila kelas tamat..aku ke uwais untuk menunaikan ibadah aku..selesai solatku,kepala aku makin berat..kawanku,miza mengajakku ke makmal chemistry kerana jam sudah menunjukkan tepat puluh 2.05ptg..kepala aku makin berat...kawanku yana dn sue mahu ke kelas mereka di ukpk..aku hanya melihat mereka keluar..aku gagahkan diri untuk bangun namun aku rasa mahu pitam..segera ku tongkatkan diriku memegang langsir..aku rasa mahu pitam..aku segera ke medec yang terletak tidak jauh dari uwais..aku sendirian lagi..aku menunggu medec buka..hampir setengah jam aku disitu barula encik pauzi,penolong pegawai perubatan memanggilku masuk ke biliknya..aku keluar biliknya dengan rasa yang begitu sebak..betul ke apa yang berlaku?aku macam tak percaya..aku rasa aku sihat je tapi kenapa jadi begini..mungkin kamu tak percaya tapi encik pauzi kata aku mungkin boleh kena strok..sebabnya tekanan darahku terlalu tinggi..aku lihat sendiri mesin tu menunjukkan tekanan darahku 145/90..aku diberi injection,di arah rehat selama satu hari dan datang semula ke medec untuk rawatan lagi..aku sedih..kenapa jadi macam ni..ya..mungkin aku ada harapan untuk sembuh tapi mampu kah aku selesai masalah aku yang hampir 2minggu tidak selesai?ahh..kepala aku terlalu dibebani dengan masalah..cukup!!aku dah penat...Ya ALLAH..Kau bantulah aku..Kau tabahkanlah hatiku..

1 comment:

Anonymous said...

miss ainun:ade name sy kt cni...huhuhu