Friday, June 24, 2011

Review Filem Insidious

Assalammualaikum,


Last 3 weeks aku pergi tengok movie 'Insidious' dekat Midvalley dengan member aku, Eza. Kiteorang pergi naik komuter. Senang. Tak payah parking kereta. Hari tu hari khamis.


Insidious dlm pemahaman aku ialah bahaya. Atau kakak aku cakap dangerous. Bende yang boleh mencederakan. Harmful gitu.


Time tu tengah tayang filem kongsi tapi aku memang tak minat tengok cite melayu bukan cite hantu kat wayang. Maksudnye, kalau cerite BUKAN cerite hantu macam kongsi ke,321 cinta ke ape2 je aku takkan nak tengok. Tapi kalau cerite hantu macam jangan pandang belakang ke, damping malam ke, aku tengok.


Kiteorang keluar lebih kurang pukul 8 pagi. Terlebih awal pulak nak pergi midvalley, aku ajak member aku pergi tempat kerja aku dulu kat taman jaya. Kiteorang naik LRT. Lepas lepak kejap, kiteorang pergi kl sentral plak, jalan2 dalam tu then baru naik komuter pergi midvalley. Aku ingat time sampai sana, kedai2 xsampai 50% pun bukak lagi. So aku dengan member aku lepak2 sampai pukul 12 kat food junction tingkat 3.


Then kiteorang gerak ke GSC. MasyaAllah. Ramai gilerr orang beratur. Kiteorang ni jenis pemalas nak beratur, so sambil lepak kat Mcd, aku try call operator GSC. Try nak book je wayang tu. Mule2 cadang nak tengok cerite Karak or The Voices from the Grave. Tapi Karak fully booked pukul 1. Voices tu plak dah tak boleh nak booked yang pukul 3. Kiteorang boleh tengok filem tu tapi kene beli secara beratur. Aku boleh je nak book pukul 5 or 6 tapi disebabkan petang tu aku kerja, means tak boleh la. So disebabkan takde pilihan lain kiteorang pun beratur jugaklah. Queue memang panjang gilerr. Sape yang pernah tengok wayang kat Midvalley memang tau lah. ^__^"


Lebih kurang 45 minit gak lah kiteorang berdiri. Letih giler. Queue depan kiteorang lebih kurang dalam 4 couple lagi. Time2 cuti, kapel2 yang berpegangan tangan memang banyak. Biasalah orang kata. Tengok wayang sambil buat wayang. Time tengah queue pun boleh wat pra wayang. Okey, enough talking bout kapel2 ni. Time beratur ni tetiba nampak poster Insidious. From the makers of Paranormal activity and Saw. Tetibe rase macam best. Aku pun pujuk member aku ni. Die kata nak tengok cerite Voices tu jugak kalau boleh. 


Then kiteorang dipanggil untuk membeli tiket wayang tersebut. Pelayan kami perempuan. Ramah betul orangnya. Dia tanya kami nak tengok cerite ape. Kiteorang cakap Voices from the grave. Dia cakap 'cerite tu cerite thailand tau.'. Aku siku member aku sampai buat gerak mulut 'Thai la. Ko nak tengok ke?'. Member aku tetap dengan pendirian die. Dia kata nak tengok seat dulu. Pekerja GSC tu tunjukkan ikut skrin komputernya. Nasib baik menyebelahi Insidious kerana time tu Voices sudah penuh seat best. Yang tinggal seat depannnnnnnn sekali.


Genre


Thriller, Horror


Trailer





Synopsis


Renai dengan suami die, Josh Lambert baru pindah ke rumah baru mereka. Dieorang ada 3 orang anak. Semalaman di rumah baru mereka, anak sulung dorang Dalton tanya Renai kenapa takde gambar ayah die mase ayah die kecik. Renai cakap ayah die tak suka bergambar. Dalton cakap dia takut dengan bilik dia. Then, one day, time dalton tengah bermain, die dengar macam ade bunyi datang dari loteng. Die pun jenguk dan disebabkan loteng tu gelap, die panjat tangga untuk bukak lampu tapi disebabkan tangga tu jenis dari kayu, tangga tu dah reput, Dalton pun jatuh. Tibe2 die nampak sesuatu dalam keadaan gelap, then die jerit. Keesokkan harinye, tengah Renai sediakan sarapan, dia minta Josh kejutkan Dalton tapi die tak bangun. Renai dan Josh pun bawak Dalton ke hospital. Doktor sahkan Dalton koma tapi tiada penjelasan kenapa.


Sejak Dalton koma, banyak bende yang menakutkan berlaku. Renai pun pujuk suaminya, Josh pindah lepas satu malam tu ada jelmaan menakutkan menyerang Renai. Dekat rumah baru perkara yang lebih menakutkan berlaku, sampailah satu hari tu mak mertua Renai panggilkan kawan dia, Elise seorang penyiasat paranormal activity untuk tolong. Elise kata bukan rumah itu yang berhantu tapi anak die, Dalton.


nak tahu kenapa anak die yang berhantu? nak tahu kenapa takde gambar Josh masa kecik? Kena tengok sendiri k.


Ratings
8.8/10 stars


Cast

  • Patrick Wilson as Josh Lambert
  • Rose Byrne as Renai Lambert
  • Barbara Hershey as Lorraine Lambert
  • Ty Simpkins as Dalton Lambert
  • Lin Shaye as Elise Reiner
  • Leigh Whannell as Specs
  • Andrew Astor as Foster Lambert
  • Angus Sampson as Tucker
  • Jeannette Sousa as Dr. Trimble
  • Chelsea Tavares as Terri
  • Philip Friedman as The Old Woman



No comments: