Friday, September 9, 2011

Review Filem Hantu Bonceng

Assalammualaikum,




Hari rabu baru-baru ni (7hb September), aku pergi tengok Hantu Bonceng dengan kawan baik aku, Eza dekat GSC, East Coast Mall, Kuantan .. Lepas habis kelas petang tu aku terus ke bandar ..


Mule-mule Eza ajak aku tengok Final Destination 5 .. Tapi disebabkan aku ada baca review pasal cerita tu dalam paper dan peng'review' tu cakap yang cite tu lebih kurang sama macam yang sebelum ni dan yang beza nya hanya lah pelakon, aku pun kata kan kawan aku yang filem Final Destination 5 tak best ..






Kiteorang booked wayang Hantu Bonceng pukul 4.40 petang .. Sampai2 sana dah pukul 4 lebih .. So kami punya booking dah pun cancel sebab lambat sangat .. Jadi kami pun terpaksa beratur jugak untuk beli tiket .. Ramai jugak manusia-manusia yang nak tengok wayang hari tu .. Mentang-mentanglah hari rabu, wayang murah, ramai pulak yang beratur .. Bile budak GSC tu panggil aku untuk beli tiket, aku pun pergi kat die .. Then die tunjukkan kat screen available seats untuk Hantu Bonceng pukul 4.40 petang .. Adoyai, penuh dowh .. 


Yang available hanya seat tepi dan depan .. so aku pun pilih seat tepi .. Row C .. Boleh la .. Disebabkan aku ni suke makan2 time dalam panggung, aku pun ajak member aku beli asam kat tingkat 2 ECM tu .. Jalan punye jalan dah pukul 4.40 .. Cuak cause dah lambat .. Sampai2 GSC kalut pulak nak beli popcorn .. 








Masuk2 Hall 6 , wayang dah start lame .. Dah lepas nak tengok prolog .. Damn ! Sambil tengah cari seat dalam kegelapan aku tak perasankan tangga .. Tetiba aku melatah .. Perghhh .. Malu siot .. Semua orang tengok aku .. Kan dah malu .. Blushing aku .. Jumpe pun seat C3 dengan C4 .. Alamak seat C2 orang lelaki lah .. Adoi .. Tensyen aku .. After lattalilattalitamplom dengan Eza, aku kalah .. Ceh .. Nak tak nak aku kena duduk sebelah mamat tu .. 


Tapi mende malang terjadi .. Shilake betul lah mamat sebelah aku ni .. Pehal merabe kaki aku pulak .. ! Bergesel gesel pulak kaki die ngan aku .. Bengang dowh .. Bukan sekali, tapi berkali kali .. *@#$%^&*#^& betullah !! Agak-agaklah ! Awek lu ade sebelah bhai ! Bergesel lah dengan awek lu ! Adoih! Pehal bergesel dengan aku pulak ! Kecoh lah ! Aku pun dengan bengang dan sakit hati sebab mamat giler ni telah mengganggu konsentrasi aku tengok wayang, aku pun pijak kaki die dengan penuh perasaan .. Hah ! Ambik kau !! Nasib baik mamat giler tu tak kacau aku dah .. Masalah settle ! :D


Genre


Comedy ; Horror




Trailer







Sinopsis



Amran (Zizan) seorang budak delivery yang suka berlumba secara haram .. Satu hari selepas memenangi race, Amran telah memenangi seorang bohsia bernama Maya (Juliana Evans) sebagai habuan perlumbaan .. Tapi selepas mereka keluar simpang jalan, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati di tempat kejadian .. Sejak kemalangan tersebut Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang menjelma yang meminta Amran menyempurnakan mayatnya ..




Amran pun cuba untuk mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit (Taiyuddin Bakar) untuk membantunya menjejaki keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri .. Halimaton (Jue Aziz) ialah kekasih Amran, seorang jururawat enggan membantu Amran menjejaki keluarga Maya kerana marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya sebelum ini .. 






Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu .. Daripada berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz .. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini .. Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya ..




Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran  .. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Kalau nak tahu kenalah tengok Hantu Bonceng sendiri k ..


Kelakar giler gambar nie .. Hantu pakai sandal .. Hahaha




Ratings


7/10 Bintang


"Happy Couple"




Cast



Zizan Razak sebagai Amran
Juliana Evans sebagai Maya/Ayu
Jue Aziz sebagai Halimaton
Taiyuddin Bakar sebagai Kunyit
Cat Farish sebagai Ustaz 'Sempoi'
Zahid AF2 sebagai Doktor 'Anti Mat Rempit'
Eizlan Yusuf sebagai Bomoh 'Handsome'




No comments: