Friday, October 7, 2011

Review Filem Al Hijab : Bersedialah Bila Hijabmu Dibuka

Assalammualaikum,



Hello Twitterjaya. Opss. Sorry. We're not on twitter. Hello Bloggerjaya. How are you today? Fine? Sick? Okay, whatever you're condition is I hope you're just fine.

Okay, tengahari tadi aku keluar dengan Cik Nur Fatin Jasmin dan Cik Siti Nor Haliza (her name is really like that) nak tengok cerita Al Hijab. Memang bajet nak keluar sebab semata-mata nak tengok wayang. Yelah aku asyik nangis je semalaman so terpaksa lah keluar untuk release tension. Ingat malas gak nak keluar tapi terpaksa. :D



Sampai2 GSC ECM kiteorang terus naik tingkat 3, terus beli tiket. Well, mostly orang tak tahu kalau nak tiket murah, tunjukkan kad matrik anda (bagi student) dan anda akan dapat diskaun. Walaupun siket, it worth you know?

Kiteorang beli tiket pukul 4.35 petang. Tiket untuk 3 orang. Masa tu baru pukul 3 lebih so kiteorang pergi menternak lemak kat Food Court ECM, aras yang sama. Then, sampai pukul 4 suku kiteorang terus masuk panggung.



Genre


Horror ; Triller



Rating


8.9/10 stars (Kurang siket rate sebab lakonan Nur Fathia agak kurang memuaskan)



Cast
Pierre Andre sebagai Rafael
Nur Fathia sebagai Qiss
Maimon Mutalib sebagai Mak Itam
Nur Albaniah sebagai Ibu Qiss (I cant remember her name dalam filem tu quite well)
Aziz M Osman as himself


Trailer







Sinopsis
Rafael (Pierre Andre) merupakan seorang pelakon yang mendapat tawaran berlakon watak utama untuk membintangi sebuah filem seram 'Jalan Mati'. Namun Rafael tidak dapat menjiwai watak utama tersebut kerana tidak mempercayai kewujudan hantu. Pelbagai cara Rafael lakukan untuk menjiwai watak tersebut namun gagal. Ini termasuklah dengan pergi ke kuarters lama yang dikatakan berhantu. Akan tetapi Rafael gagal melihat Hantu yang mengikutnya pulang.



Keesokkan harinya, Rafael menelefon Qiss (Nur Fathia) untuk meminta bantuan untuk melihat Hantu. Dengan bantuan Ibu Qiss (Nur Albaniah), Rafael mengetahui bahawa 'hijab' matanya boleh dibuka sementara tetapi tidak mengetahui cara untuk membuka. Malam keesokkannya Rafael menerima mesej pada tepat pukul 3 pagi dari nombor yang tidak ketahui memintanya pergi ke sesuatu tempat selepas senja.



Keesokkannya Rafael pergi bersendirian, sesampainya di rumah Mak Itam (Maimun Mutalib), Rafael terkejut kerana Mak Itam mengetahui hajatnya ke rumah tersebut. Kemudian Rafael dibawa ke belakang bukit untuk membukakan hijab nya. Selepas hijab Rafael dibuka, RAfael dapat melihat makhluk2 halus pelbagai rupa, namun apabila Mak Itam meminta izin untuk menutupnya kembali, Rafael tidak mengizinkan dan meminta untuk menggunakan kelebihan yang dia ada untuk semalaman. Pelbagai gangguan yang dialami oleh Rafael pada malam tersebut.




So kalau nak tahu ending dia bolehlah tengok sendiri. Lemaklah aku cite semua kan? Hahaha. Anyway, cerita ini bagi aku adalah filem seram melayu terbaik yang aku penah tengok.




All images are from here. Copyright Empat Semudra.

No comments: